Kalki Avatar

tahukah anda apakah maksud Kalki Avatar ?? tak semestinye sume orang tahu dan majoriti tidak tahu apakah ianya


post ini diilhamkan apabila saya ke ceramah Masjid Al-Maghfirah Kolej Matrikulasi Perak bertarikh 1Jun2011 pada jam 8pm ..


ringkasnya saye bercerita tentang kesimpulannya , kisahnya terdapat satu bab dalam kitab Vedda bertajuk Kalki Avatar .. dalam tidak sedar sebenarnya Kalki Avatar ialah Nabi Muhammad S.A.W.

Apa yang saya kongsikan ini adalah mengenai pencarian, dan harapan mereka yang menganut agama Hindu supaya satu hari nanti bangsa mereka akan mendapat kebenaran dan kejayaan dengan “turunnya” Kalki Avatar. Sedangkan, apa yang digambarkan oleh mereka sebagai Kalki Avatar adalah menyamai apa yang ada pada nabi Muhammad s.a.w. Tanpa mereka sedari, Kalki Avatar yang mereka tunggu-tunggu selama ini telah dilahirkan di bumi Arab lebih kurang 1400 tahun yang lalu mengikut kalendar Islam.





Anda boleh membaca artikel sepenuhnya di bawah.
Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat di dalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatu bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada di pasaran.
Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai “Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.
Terlalu panjang sekiranya saya mahu cerita disini , untuk pengetahuan yang lebih lanjut sila search "Kalki Avatar" di Google ..
Dan sebagai kata akhir saya ingin membongkar kebenaran bahawa hampir semua ketua2,sami2,paderi2 tahu bahawa Islam itu agama yang benar tetapi mereka tidak berani mengemukakan kepada pengikut2 nya contohnya seperti yang anda baca diatas sebentar tadi ..
Antara sebabnya 
1 - bimbang akan keselamatan
2 - penganut hilang kepercayaan
3 - paling penting ialah mereka memilih pekerjaan tersebut kerana untuk mencari makan (kisah benar yang diceritakan apabila ditemu ramah)

Sekian , Assalamualaikum , Sampai sampaikan lah wahai saudara2 Islamku

No comments: